abang beca

Saturday 16 July 2011

BECA DI MATA DUNIA.

















WARNA-WARNI BECA MELAKA.




















SEJARAH PENUBUHAN

Pertubuhan ini dikenali dengan nama PERSATUAN BECA WARISAN MELAKA,MELAKA yang terletak di Kampung Sembilan, Tengkera, Melaka.

Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan, 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 0622-06-MEL pada 01 Jun 2006. Persatuan ini beralamat di No.100, Lorong Tengkera, Pantai 2D, Jalan Tengkera Pantai 2, 75200 Melaka.

Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka ditubuhkan bertujuan untuk:

v  Memupuk semangat dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli berkaitan soal kebajikan mahupun kesejahteraan sesama ahli persatuan.

v  Mengembalikan sejarah dan kemasyhuran beca untuk menarik perhatian di kalangan pelancong-pelancong yang bercuti di Melaka.

v  Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli persatuan melalui aktiviti-aktiviti sukan, sosial dan kebudayaan.

v  Membantu Kerajaan Negeri Melaka mempromosikan Negeri Melaka sebagai negeri yang masyhur dan penuh dengan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dikunjungi.

v  Membantu ahli-ahli menambah pendapatan sebagai mata pencarian.

Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka mempunyai keahlian seramai 42 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.

AKTIVITI-AKTIVITI
1- Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka.
2- Menglibatkan diri dalam Kursus Asas Pengayuh Beca yang dianjurkan oleh Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka.
3- Menghantar wakil setiap Jemputan oleh Kerajaan Negeri Melaka yang memerlukan perarakan beca.
4- Menghantar pasukan beca di Litar Sepang sempena F1 Sepang.
5- Melakukan kerja-kerja gotong-royong di Kampung Sembilan, Tengkera, Melaka.
6- Bekerjasama dalam menjayakan “Hari Melaka Maju 2010” yang dianjurkan Kerajaan Negeri Melaka.
7- Terlibat didalam penganjuran “ Perasmian Dataran 1 Malaysia” yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, di Pantai Klebang.
8- Menjayakan Program “Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri” di Kota A’ Famosa, Banda Hilir.


ALAMAT:

NO.100, LORONG TENGKERA, PANTAI 2D,
JALAN TENGKERA PANTAI 2,
75200 MELAKA.
TELEFON:
EN. MD SALLEH BIN ABD MANAB
016-6064348 begin_of_the_skype_highlighting            016-6064348      end_of_the_skype_highlighting
EN. RAMLI BIN ISMAIL
019-6347726 begin_of_the_skype_highlighting            019-6347726      end_of_the_skype_highlighting
EN. MOHD IZLAN BIN HARON
017-6152184 begin_of_the_skype_highlighting            017-6152184      end_of_the_skype_highlighting
EMAIL: