abang beca

Thursday 16 February 2012


Beca merupakan kenderaan beroda tiga yang berasal dari lanca. Beca di Malaysia, dalam rekod bertulis, bermula di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Beca ini mempunyai pengayuh disebelah sisi penumpang. Terdapat juga model beca dengan pengayuh di belakang atau di hadapan penumpang. Bumbung juga dipasang bagi memberi teduhan kepada penumpang.
Rekod beca terawal adalah apabila ia digunakan di Singapura pada 1914 apabila 15 beca didaftar dan diperkenal sebagai basikal roda tiga Taman Upton. Bagaimanapun ia didapati sukar dikendalikan melalui jalan yang sempit dan berliku-liku berbanding lanca yang ditarik manusia. Oleh sebab kerana itu, batch beca pertama 1914 kemudiannya dijual dan bawa ke Jawa. Hanya pada akhir 1920-an beca kembali diperkenalkan di Singapura dan kegunaannya meningkat dengan kedatangan migran China yang mendapati membawa beca memberikan pendapatan yang baik. Beca kemudian menjadi semakin popular di Malaysia, Indonesia, Vietnam dan seluruh Asia.
Beca digunakan bagi mengangkut penumpang, tetapi terdapat juga beca yang digunakan khusus bagi mengangkut barang-barang.

Beca di Bandung, Indonesia 
Add caption




Lanca iaitu beca dengan pengayuhnya di belakang.




Beca dengan pengayuhnya di sebelah.

Menjelang Perang Dunia II dan selepasnya, kekurangan petrol telah melonjak beca sebagai sistem pengangkutan yang murah dan boleh diharap.
Pada masa kini, beca masih digunakan tetapi penggunaannya semakin berkurangan. Ini disebabkan kerjanya memenatkan dan pendapatannya sedikit dan tidak menentu. Biasanya beca banyak didapati berhampiran tempat tarikan pelancong.
Di Indonesia, banyak beca telah dirampas dan dilupuskan sebagai tukun, sebagai langkah kerajaan menghapuskan perkhidmatan beca tanpa lesen.di melaka beca masih lagi menggunakan lesen.



Tuesday 14 February 2012





















Kat Melaka, antara yang famous dijadikan pengangkutan adalah beca. Waktu dulu, beca nih boleh dilihat merata-rata keliling bandar bawak penumpang. Max capacity bagi setiap beca pun adalah 2 orang atau seorang dewasa.

Tapi sekarang, beca digunakan sebagai salah satu tarikan pelancong yang datang ke Melaka. Kalau ke area Banda Hilir ,memang banyak beca yang boleh dinaiki. Selalu nya mereka akan port di hadapan Stadhuys atau di depan Muzium Samudera.

Rate harga bagi beca-beca ini bergantung pada option yang kita pilih. Contohnya jika kita naik dari depan Bangunan Merah ( Stadhuys ) :

1. RM20 - untuk pusingan kecil. Akan berhenti di beberapa pit stop. Beca berpusing dari Stadhuys-Muzium Samudera-Menara Taming Sari-A Farmosa-Stadhuys semula.

2. RM25 - untuk pusingan besar. Akan berhenti di beberapa pit stops.

3. RM40 - (1jam)Jarak yang lebih jauh untuk penumpang.

Menurut abang beca yang bawa kami ni, bayaran naik beca ni telah ditetapkan oleh kerajaan. So takkan ada harga yang berbeza-beza di kalangan pembawa beca.

Kalau datang Melaka, jangan lepaskan peluang naik beca.Memang best . Tapi pada pandangan kami, baik la naik waktu malam, angin sepoi-sepoi. Best sgt!!!!!!

UNTUK MAJLIS2 TERTENTU KAMI JUGA TERLIBAT SEPERTI;
MAJLIS KHAWIN,BERKHATAN,BERSARA,KEMARAMAIAN DAN SEBAGAINYA...

bole menghubungi kami BECA WARISAN MELAKA
RAMLI, 0196347726
SALLEH, 0166064348



beca idea menarik

Cara yang terbaik untuk bersukaria dan menghayati panorama Bandar Melaka dengan berjalan perlahan-lahan sambil duduk berehat menaiki beca.
Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah ini yang selalunya akan tertinggal sekiranya anda mengambil keputusan untuk berjalan sendiri.
Beca ini boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys. atau bole menghubungi kami beca warisan melaka (ramli,0196347726 / salleh 0166064348) by RIZNAN (0126057479)