Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka
telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan,
1966 dan nombor pendaftarannya ialah 0622-06-MEL pada 01 Jun 2006. Persatuan
ini beralamat di No.100, Lorong Tengkera, Pantai 2D, Jalan Tengkera pantai 2,
75200 Melaka.
Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka
ditubuhkan bertujuan untuk:
Memupuk semangat dan sikap
tolong-menolong di kalangan ahli berkaitan soal kebajikan mahupun kesejahteraan
sesama ahli persatuan.
Mengembalikan sejarah dan
kemasyhuran beca untuk menarik perhatian di kalangan pelancong-pelancong yang
bercuti di Melaka.
Memupuk dan menanam
semangat perpaduan di antara ahli-ahli persatuan melalui aktiviti-aktiviti
sukan, social dan kebudayaan.
Membantu Kerajaan Negeri
Melaka mempromosikan Negeri Melaka sebagai negeri yang masyhur dan penuh
dengan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dikunjungi.
Membantu ahli-ahli menambah
pendapatan sebagai mata pencarian.
Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka
mempunyai keahlian seramai 59 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan ahli kami yang sedia membantu mengenai pelancongan di Negeri Melaka.
Encik Salleh : 016-6064348
Encik Ramli : 012-2448004
Encik Sobri : 017-6616106
Encik Talib: 017-2060644
Emel : becawarisanmelaka@gmail.com