abang beca

Sunday 11 October 2015

PERSATUAN BECA WARISAN MELAKA




Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka telah didaftarkan sebagai satu pertubuhan di bawah seksyen 7 Akta Pertubuhan, 1966 dan nombor pendaftarannya ialah 0622-06-MEL pada 01 Jun 2006. Persatuan ini beralamat di No.100, Lorong Tengkera, Pantai 2D, Jalan Tengkera pantai 2, 75200 Melaka.



Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka ditubuhkan bertujuan untuk:

Memupuk semangat dan sikap tolong-menolong di kalangan ahli berkaitan soal kebajikan mahupun kesejahteraan sesama ahli persatuan.

Mengembalikan sejarah dan kemasyhuran beca untuk menarik perhatian di kalangan pelancong-pelancong yang bercuti di Melaka.

Memupuk dan menanam semangat perpaduan di antara ahli-ahli persatuan melalui aktiviti-aktiviti sukan, social dan kebudayaan.

Membantu Kerajaan Negeri Melaka mempromosikan Negeri Melaka sebagai negeri yang masyhur dan penuh dengan tempat-tempat bersejarah yang menarik untuk dikunjungi.

Membantu ahli-ahli menambah pendapatan sebagai mata pencarian.



Persatuan Beca Warisan Melaka, Melaka mempunyai keahlian seramai 59 orang yang terdiri daripada pelbagai bangsa.



Bagi sebarang pertanyaan, anda boleh berhubung dengan ahli kami yang sedia membantu mengenai pelancongan di Negeri Melaka.

Encik Salleh : 016-6064348
Encik Ramli : 012-2448004
Encik Sobri : 017-6616106
Encik Talib: 017-2060644

Emel : becawarisanmelaka@gmail.com